|
1. USRAH Usrah bermaksud sebuah keluarga. Perkataan usrah yang kita gunakan di Malaysia biasanya merujuk kepada satu majlis yang diketuai oleh seorang yang dilantik dan dianggotai oleh beberapa individu antara lima ke sepuluh orang. Kebiasaannya ketua usrah akan menyampaikan nasihat tertentu kepada anak usrah. Mereka duduk dalam bulatan. Ada kalanya ketua usrah akan meminta anak usrah memberikan pendapat mereka berkenaan beberapa isu. 2. TA'LIM Ta'lim jika diterjemahkan kepada bahasa Melayu bermaksud pembelajaran. Majlis Ta'lim yang biasa disebut oleh kebanyakan rakyat Malaysia merujuk kepada Majlis Ilmu atau ceramah agama. 3. MUZAKARAH Muzakarah dari segi bahasa bermaksud mengulangkaji pelajaran. Dalam masyarakat Islam di Malaysia, kalimah ini biasanya merujuk kepada majlis perjumpaan para ulama bagi membincangkan sesuatu isu. Terutamanya berkenaan masalah semasa yang dihadapi oleh umat. 4. TAZKIRAH Tazkirah jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu bermaksud peringatan. Tazkirah merujuk kepada kata-kata nasihat yang dilakukan secara ringkas oleh penceramah. 5. MUKTAMAR Satu perhimpunan besar-besaran yang dilakukan oleh sekumpulan manusia. Contohnya, muktamar para ulama sedunia dan sebagainya. 6. MUHASABAH Muhasabah bermaksud menilai kelemahan dan kekurangan diri untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa. 7. TAFAKKUR Tafakkur bermaksud memikirkan sesuatu secara mendalam, sistematik dan terperinci. Kita disuruh agar memikirkan segala kejadian ALLAH bagi menambahkan iman di dada. Tetapi kita dilarang memikirkan tentang zat ALLAH S.W.T kerana perbuatan itu boleh membawa kepada kesesatan. |
| sirajmunir March 10, 2006 03:09 PM PST :) alhmdulillah...ilmu yg bermanfaat :) | ||
| Leave a Comment: |