/*

mat is another jarl












Self


Mohd Masnizal bin Abdul Malik


Mat Jarl


antar email kepada duk_sajo@yahoo.com



PC tengah rosak


   

<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31





Galeri






Blog Pilihan



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Thursday, May 11, 2006
HIKMAH BERDIAM DIRI


    Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa Keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Didunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.
    Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

 

HIKMAH DIAM


    1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
    2. Perhiasan tanpa berhias.
    3. Kehebatan tanpa kerajaan.
    4. Benteng tanpa pagar.
    5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
    6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
    7. Menutupi segala aib.

 

Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud: 

    "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan  Barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya Neraka lebih utama baginya". (Riwayat ABU NAIM )

 

    "Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )

 

    "Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya".  Riwayat AT-TARMIZI )

 

Madah Dari Hukama: 

 

          BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,  BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.  MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG. KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

 

    Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik.


    Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.


Posted at Thursday, May 11, 2006 by matjarl
Make a comment  

Wednesday, April 19, 2006
IKRAR PEMUDA

 

Bahawasanya kami
pemuda-pemuda PAS Negeri Kelantan
bersaksi
Tiada Tuhan melainkan Allah
Nabi Muhammad pesuruhNya


Kami
Pemuda PAS Negeri Kelantan
Yang Berhimpun pada hari ini
Dengan ini berikrar
Allah matlamat hidup kami
Nabi Muhammad Uswah Hasanah kami
Al-Quran perlembagaan kami
Mati syahid cita-cita kami

Kami berjanji
Tidak akan berundur walaupun setapak
Bekerja dengan penuh istiqamah
Sama ada senang atau susah
Kaya atau miskin
Aman atau darurat
Demi menentang segala pengkhianatan

Kami berbai'ah pada hari ini
Jangan sesekali menggugat kepimpinan ulamak kami
Jangan sesekali mengkhianati kerajaan kami
Jangan bermain dengan api!!!
Kami berikrar
Akan menghapuskan
Walaupun darah kami menjadi taruhan!!!

Allahuakbar!! Allahuakbar!! Allahuakbar!!

- diikrarkan pada 12 Rabiul Awal 1427H,
Padang Perdana, Kota Bharu -
 

ralat : tarikh yang tercatat di dalam gambar bukanlah tarikh yang sebenar, 
         ianya hanyalah camera trick semata-mata


Posted at Wednesday, April 19, 2006 by matjarl
Make a comment  

Tuesday, March 14, 2006
Sehelai Daun Paling Atas

Sehelai daun paling atas kuning
Daun-daun hijau di bawah pun meratip
Daun kuning itu pun gugur dilayarkan angin

Maka bertahlillah daun-daun hijau
Kerana sudah tibalah duka paling bahagia
Meratapi keguguran untuk berkuasa

A Wahab Ali, Sehelai Daun Paling Atas (antologi Sajak Orang Berdosa)

 


Posted at Tuesday, March 14, 2006 by matjarl
Make a comment  

Friday, March 10, 2006
wahai hati...

 

tanya diri kita...



 

pabila mendapat khabar tentang pengeboman

yang meragut nyawa hambaNya ini...

apa perasan yang tercetus dari hati kamu?

ibaratkan ianya kertas pH yang mengukur kealkalian... keasidan hati kamu...

keimanan kah atau kedaifan kah ...

wahai hati...?

 


Posted at Friday, March 10, 2006 by matjarl
Make a comment  

Istilah Bagi Orang dan Kumpulan

ORANG & KUMPULAN

1. SAHABAT
Golongan yang pernah berjumpa Rasulullah s.a.w, beriman kepada kerasulannya dan meninggal dalam keadaan Islam. Jadi, sesiapa yang pernah berjumpa Rasulullah s.a.w tetapi menolak dakwah baginda tidak dikira sahabat. Orang beriman yang memeluk Islam pada zaman Nabi, tetapi tidak pernah berjumpa baginda juga tidak dianggap sahabat.
Antara mereka, Abu Hurairah, Bilal, Muaz bin Jabal dan ramai lagi.

2. KHULAFA AL-RASYIDIN
Khulafa al-Rasyidin atau Khalifah al-Rasyidun ialah kerajaan Islam yang ditubuhkan selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Khalifah ini terdiri daripada empat orang yang utama, iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman Ali. Perlantikan mereka dibuat secara syura, iaitu perbincangan secara bersama di kalangan para sahabat.

3. TABIIN
Tabiin adalah genarasi selepas sahabat yang menerima ilmu pengetahuan dan hadis daripada sahabat. Mereka tidak pernah berjumpa Nabi s.a.w. Tetapi menjadi pengikut setia sahabat dalam setiap perkara. Antara mereka, Ibn Sirin, Mujahid bin Jabr, Iqrimah, Sa'id bin al-Musayyib dan ramai lagi.

4. TABI' TABIIN
Tabi' tabiin adalah generasi selepas tabiin yang menerima ilmu pengetahuan daripada tabiin. Antara yang paling masyhur, Imam empat mazhab iaitu, Abu Hanifah, Malik, Syafie dan Hanbali.

5. SALAFUSSOLEH
Salafussoleh adalah tiga generasi terbaik yang dijanjikan oleh Nabi s.a.w. Umat Islam akan selamat selagi mereka mengikut jejak langkah tiga generasi ini. mereka ialah, sahabat, tabiin dan tabi' tabiin.

6. KHALAF
Khalaf jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu bermaksud terkemudian. Tetapi dari segi istilah syarak, golongan ulama yang hidup selepas tiga kurun pertama hijrah. Kebanyakan yang hidup pada zaman ini dan selepasnya sudah mula lemah dalam memahami agama. Oleh itu, mereka terdedah kepada banyak kesilapan. Jadi, untuk selamat, umat Islam perlu merujuk kepada ulama salaf dalam setiap perkara agar Mereka tidak tersesat. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa terdapat ramai di kalangan mereka yang pakar dalam ilmu agama.

7. KHAWARIJ
Dari segi bahasa bermaksud, keluar. Istilah ini merujuk kepada satu puak yang muncul selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Nama mereka diambil sempena perbuatan mereka yang keluar daripada agama dan memberontak kepimpinan Ali bin Abu Talib. Ini kerana, Ali bersetuju untuk berdamai dengan Muawiyah. Antara prisip mereka yang paling masyhur ialah mudah mengkafirkan umat Islam yang berbeza dengan mereka. Antara orang yang mereka kafirkan termasuk Ali sendiri dan juga Muawiyah.

8. SYIAH
Syiah dalam bahasa Arab bermaksud pembela dan pengikut seseorang. Ia juga bermaksud setiap kaum yang bersatu dalam suatu perkara. Dari segi syarak pula, ia bermaksud mereka yang mengasihi Ali bin Abu Talib dan seluruh keturunannya. Mereka menganggap Ali lebih afdal daripada seluruh para sahabat. Hanya beliau dan anak cucunya sahaja yang layak memegang tampuk pemerintahan. Kelompok ini terpecah kepada lima puak, iaitu Kaisaniyyah, Imamiyyah (Rafidhah), Zaidiyyah, Ghulat dan Ismailiyyah.

9. MURJIAH
Murjiah berasal daripada perkataan irja yang bermaksud memberi tempoh (tangguh) atau memberi harapan. Dari segi istilah pula, golongan yang berkeyakinan bahawa iman itu hanya berbentuk ucapan dan tahap keimanan manusia, malaikat dan para nabi sama sahaja. Menurut mereka, iman tidak bertambah atau berkurangan. Sesiapa yang mengakui keimanannya dengan lidah tetapi tidak melaksanakan tanggungjawab agama seperti solat, puasa, menutup aurat dan sebagainya tetap dianggap mukmin (beriman) di sisi mereka.

10. JAHMIYAH
Mereka adalah pengikut Jahm bin Sofwan yang merupakan seorang penduduk Tirmiz, Khurasan. Mereka berkeyakinan bahawa al-Quran itu mahluk, ALLAH tidak pernah berbicara dengan Nabi Musa a.s dan tidak berada di atas Arasy.

11. QADARIYYAH
Golongan ini menganggap ALLAH tidak mengetahui sesuatu perkara selagi ia belum berlaku. ALLAH hanya mengetahuinya setelah ia berlaku. Dan ALLAH juga tidak ada kaitan dengan sesuatu yang belaku serta bukan takdir dan kehendaknya. Mereka digelar dengan nama itu kerana mengingkari qadha dan qadar.

12. MUNAFIK
Dari segi bahasa bermaksud menzahirkan sesuatu yang berlawanan dengan apa yang ada di dalam. Dari segi istilah, ia merujuk kepada golongan yang menzahirkan Islam dan menyembunyikan kekafiran.

13. KAFIR
Dari segi bahasa Arab bermaksud menutup atau menyembunyikan sesuatu. Secara umumnya ia bermaksud, tidak beriman bahawa hanya ALLAHlah satu-satunya TUHAN yang wajib disembah dan tidak mengakui Nabi Muhammad sebagai rasul yang terakhir.

14. MUSLIM / MUSLIMAH
Muslim atau Muslimah bermaksud orang yang beragama Islam, iaitu yang tunduk dan patuh dalam melakukan semua perintah ALLAH. Untuk menjadi orang Islam yang sempurna, seseorang perlu melaksanakan kesemua rukun Islam yang lima, iaitu mengucap dua kalimah syahadah, solat, puasa, mengeluarkan zakat dan melakukan ibadah haji.

15. MUKMIN/ MUKMINAH
Orang yang beriman atau percaya dan membenarkan. Dari segi takrifan ulama, ia bermaksud orang yang membenarkan dengan bersungguh-sungguh setiap yang datang daripada ALLAH dan Rasul-NYA serta mematuhi segala perintah ALLAH dan Rasul-NYA dengan sebenar-benarnya.

16. AHLI KITAB
Orang yang beragama Yahudi dan Kristian. Mereka dipanggil ahli kitab kerana memiliki kitab suci, iaitu Taurat dan Injil. Agama yang mereka anuti juga dipanggil agama samawi. Mereka diberi nama khusus oleh ALLAH dan tidak sama dengan kafir musyrik kerana pada asalnya, agama mereka itu datang daripada ALLAH. Cuma ia telah diselewengkan selepas Nabi mereka wafat.

17. ATHEIS
Atheisme atau ateisme satu keadaan di mana seseorang tidak mempercayai kewujudan TUHAN atau Pencipta. Perkataan 'atheisme' berasal daripada bahasa Yunani a dan theis (teo), iaitu pemikiran bahwa TUHAN atau kekuatan yang lebih tinggi tidak wujud. Atheisme bukan suatu agama, tidak memiliki ajaran rasmi dan bukan suatu pemikiran 'anti-agama' atau 'anti-tuhan'.
Atheisme berbeza sama sekali dengan Komunisme. Tetapi, Komunisme pada umumnya atheis.

18. SEKULAR
Sekularisme ialah ideologi yang menentukan bahawa urusan dunia seperti politik, pentadbiran dan undang-undang harus dipisahkan daripada urusan agama.

19. ORIENTALIS
Golongan orientalis merupakan salah satu golongan yang memusuhi Islam. Mereka amat 'pakar' dalam hal bangsa-bangsa timur yang terdiri daripada penganut Kristian, Yahudi dan golongan Free Thinker atau golongan yang tidak mengakui kebenaran hukum-hakam agama.

Golongan ini amat suka mengkaji al-Quran dan hadis bukan kerana mahu beriman, tetapi sekadar ingin mengetahuinya untuk dibandingkan dengan agama atau Ideologi lain. tujuan mereka ialah untuk merosakkan agama Islam itu sendiri, menyelewengkan fakta dan mengelirukan umat Islam yang jahil tentang agama mereka.

Golongan yang sangat ingin mereka kelirukan ialah umat Islam yang mendapat pendidikan barat tetapi jahil tentang ajaran Islam. Ramai di kalangan cerdik pandai Islam telah terpengaruh dengan mereka.

20. LIBERALIS
Aliran Islam Liberal ialah satu aliran atau kefahaman yang sedang menyerang Islam dan umatnya masa kini. Mereka memberikan kebebasan tanpa batas dalam mentafsirkan nas agama. Mereka juga menganggap nas agama perlu ditafsirkan selaras dengan perkembangan zaman dan al-Quran yang ada pada hari ini sudah tidak sesuai lagi pada zaman ini. Ia termasuk salah satu aliran yang terpesong dan perlu dicegah dengan segera kerana kemunculan dan perkembangannya semakin meluas sejak akhir-akhir ini.

21. ZIONIS
Zionis ialah gerakan untuk membentuk kembali negara Yahudi di tanah Palestin. Istilah Zionis pertama kali dipakai oleh perintis kebudayaan Yahudi, Mathias Acher (1864-1937) dan gerakan ini diorganisasi oleh beberapa tokoh Yahudi antara lain Dr. Theodor Herzl dan Dr. Chaim Weizmann.

22. YAHUDI
Yahudi ialah satu istilah yang boleh merujuk kepada agama atau suku bangsa. Jika dilihat berdasarkan agama, istilah ini merujuk kepada umat agama Yahudi, tidak kira mereka dari keturunan Yahudi atau tidak.

Jika merujuk kepada suku bangsa pula, ia kembali kepada anak keturunan Nabi Ya'qub a.s, iaitu anak kepada Nabi Ishaq yang merupakan anak Nabi Ibrahim a.s dan Sarah. Etnik Yahudi juga termasuk Yahudi yang tidak berpegang kepada agama Yahudi tetapi beridentiti Yahudi dari segi tradisi.

23. KRISTIAN
Agama Kristian adalah sebuah kepercayaan yang beriman kepada ajaran Jesus Krist atau Isa al-Masih. Agama ini percaya bahwa Jesus Krist adalah anak Tuhan dan al-Masih adalah penyelamat bagi seluruh umat manusia, yang menebus dosa manusia. Mereka beribadah di gereja dan Kitab Suci mereka ialah Bible atau Kitab Taurat.

24. MUSYRIK
Musyrik ialah orang yang menjadikan ALLAH sekutu dalam ketuhanan dan penyembahan. Sebagian besar syirik terjadi dalam masalah penyembahan seperti berdoa kepada ALLAH dan selain-NYA atau melakukan ibadah seperti korban, nazar, ketakutan, pengharapan, dan cinta kepada selain-NYA.
Syirik terbahagi kepada dua, pertama akbar, iaitu mengeluarkan pelakunya dari agama dan menyebabkan dia kekal di dalam Neraka jika tidak bertaubat sebelum meninggal dunia. Kedua, asghar, iaitu syirik dalam keinginan dan niat seperti riak dan menunjuk-nunjuk. Contohnya, melakukan ibadah kerana inginkan pujian manusia.

25. TAKSUB MAZHAB
Suatu pemikiran di mana umat Islam diwajibkan berpegang kepada satu mazhab sahaja dan tidak dibenarkan keluar daripada mazhab yang dipegangnya.

26. SUFI
Berasal daripada perkataan Suf bermaksud baju sejuk yang diperbuat daripada kulit biri-biri. Istilah sufi atau tasawuf tidak pernah ada dalam al-Quran, Sunnah dan tidak pernah disebut oleh sahabat, tabiin dan tabi' tabiin.
Ia mula muncul pada tahun keenam, ketujuh dan kelapan hijrah. Ia merujuk kepada golongan yang zuhud dengan dunia. Ada kalanya, kezuhudan mereka melampaui batas dan membawa kepada amalan khurafat dan bertentangan dengan Sunnah.

27. FASIQ
Fasiq dari segi bahasa bermaksud maksiat. Dari segi istilah pula, iaitu orang yang selalu melakukan dosa kecil dan juga tidak meninggalkan dosa besar.

28. JIN
Jin berasal daripada perkataan jinni yang bermaksud tertutup, tersembunyi atau yang gelap pekat. Ia juga bermaksud makhluk yang berlawanan dengan insan. Ia dijadikan daripada api dan tidak dapat dilihat oleh pandangan mata manusia. Ia boleh menjelma dalam pelbagai rupa dan bentuk tetapi tidak dapat dilihat dalam bentuk asalnya seperti yang dijadikan oleh ALLAH.

29. IFRIT, SYAITAN & IBLIS
Ifrit, Syaitan dan Iblis adalah sebahagian daripada golongan jin yang dijadikan daripada api, cuma tugas dan fungsi sahaja yang berbeza. Ifrit termasuk golongan jin yang sangat kuat dan bijak menipu serta sangat busuk hati terhadap manusia. Makhluk ini amat sombong dan menderhakai ALLAH. Iblis dan Syaitan juga terdiri daripada golongan jin yang sangat sombong, pengacau dan musuh utama manusia serta mendapat kutukan ALLAH sehingga ke hari Kiamat. Kerja golongan ini ialah menyesatkan manusia dan mengajak mereka melakukan kejahatan. Akhirnya, menjerumuskan mereka ke Neraka.

30. QARIN
Qarin dari segi bahasa bermaksud teman, sahabat atau pendamping. Di sini, ia merujuk kepada golongan jin yang menemani setiap manusia yang hidup di atas muka bumi ini. Ia sentiasa mengajak manusia ke arah kejahatan. Ada kalanya ia juga merujuk kepada malaikat yang mengajak manusia melakukan kebaikan.

31. MALAIKAT
Perkataan malaikat merupakan jamak daripada perkataan malak yang bererti kuat dan mampu mengikutnya. Jadi, malaikat ialah kekuatan-kekuatan yang patuh kepada ketentuan dan perintah ALLAH.

Malaikat ialah makhluk yang dijadikan oleh ALLAH daripada cahaya. Golongan ini sangat patuh kepada perintah ALLAH dan tidak pernah langsung melakukan maksiat. Malaikat amat berbeza dengan Iblis, syaitan dan jin yang dijadikan daripada api kerana ia dijadikan daripada cahaya. Amat berbeza juga dengan manusia yang dijadikan daripada tanah, tidak mempunyai jantina, tidak bernafsu serta tidak makan dan minum. Malaikat boleh menjelma dalam pelbagai bentuk mengikut kehendak ALLAH. Jumlah sebenar kesemua malaikat tidak terkira banyaknya. Antaranya, Malaikat Jibril, Malaikat Maut, Israfil, Raqib, Atib dan sebagainya

Posted at Friday, March 10, 2006 by matjarl
Make a comment  

Wednesday, March 08, 2006
ISTILAH DALAM ZIKIR

1. USRAH

Usrah bermaksud sebuah keluarga. Perkataan usrah yang kita gunakan di Malaysia biasanya merujuk kepada satu majlis yang diketuai oleh seorang yang dilantik dan dianggotai oleh beberapa individu antara lima ke sepuluh orang. Kebiasaannya ketua usrah akan menyampaikan nasihat tertentu kepada anak usrah. Mereka duduk dalam bulatan. Ada kalanya ketua usrah akan meminta anak usrah memberikan pendapat mereka berkenaan beberapa isu.

2. TA'LIM

Ta'lim jika diterjemahkan kepada bahasa Melayu bermaksud pembelajaran. Majlis Ta'lim yang biasa disebut oleh kebanyakan rakyat Malaysia merujuk kepada Majlis Ilmu atau ceramah agama.

3. MUZAKARAH

Muzakarah dari segi bahasa bermaksud mengulangkaji pelajaran. Dalam masyarakat Islam di Malaysia, kalimah ini biasanya merujuk kepada majlis perjumpaan para ulama bagi membincangkan sesuatu isu. Terutamanya berkenaan masalah semasa yang dihadapi oleh umat.

4. TAZKIRAH

Tazkirah jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu bermaksud peringatan. Tazkirah merujuk kepada kata-kata nasihat yang dilakukan secara ringkas oleh penceramah.

5. MUKTAMAR

Satu perhimpunan besar-besaran yang dilakukan oleh sekumpulan manusia. Contohnya, muktamar para ulama sedunia dan sebagainya.

 

6. MUHASABAH

Muhasabah bermaksud menilai kelemahan dan kekurangan diri untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa.

7. TAFAKKUR

Tafakkur bermaksud memikirkan sesuatu secara mendalam, sistematik dan terperinci. Kita disuruh agar memikirkan segala kejadian ALLAH bagi menambahkan iman di dada. Tetapi kita dilarang memikirkan tentang zat ALLAH S.W.T kerana perbuatan itu boleh membawa kepada kesesatan.


Posted at Wednesday, March 08, 2006 by matjarl
Comment (1)  

Monday, February 27, 2006
DAKWAH KAMI

DAKWAH KAMI


Wahai kaum kami!

Kami mengajak kamu
dengan al-Qur'an di tangan kanan kami
al-Sunnah di tangan kiri kami
amalan al-salaf al-salih ikutan kami
kami mengajak kamu
kepada Islam
kepada hukum Islam
kepada petunjuk Islam.

Kami mengajak kepada Islam
yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.
kami mengajak bersama-sama
menegakkan sebuah kerajaan Islam
kerana berusaha menegakkannya
adalah suatu kewajipan.


al-Imam al-Shahid Hasan al-Banna


Posted at Monday, February 27, 2006 by matjarl
Comments (3)